Saturday, March 19, 2011

Suaranya..fuyoh...power giler...muka ala-ala penyanyi kecil molek Ramlah Ram...Suara memang tak dapat di nafikan memang boleh pergi jauh punya....kalau tak percaya cuba tengok clip persembahan Mentor musim ke-5.  Siapa lagi kalau bukan  Protege Salmah Mentor 5 yang telah membuktikan kepada para juri dan penoton seluruh negara bahawa dia mampu  menjadi juara Mentor musim ini. Kalau tengok klip persembahan Salmah dalam youtube memang tak puas dibuatnya bila tengok sekali jee....mesti ulang berkali-kali tapi tak puas-puas tengok juga..Berasal dari negeri di Bawah Bayu Sabah dan baru berusia 21 tahun namun bakat nyanyian nampaknya lebih matang dan menyerlah jika dibandingkan dengan peserta-peserta yang lain. Peserta-peserta yang lain juga apa kurang hebatnya....tetapi Salmah ni lain sikit..kalau tak percaya tengok clip kat bawah ni.... :)

Semoga Salmah dapat belajar sesuatu daripada mentornya iaitu Erra Fazira yang tidak kurang pengalamanya dalam bidang hiburan negara kita dan terus mengilap dan mengasah bakak sedia ada yang ada pada adik Salmah....

Saturday, December 11, 2010

Haya...makan gaji.....

      Ungkapan "yes Boss" adalah ayat biasa yang pasti dan mesti bagi kita yang bergelar "makan gaji" atau dibayar gaji..... Ada Boss yang garang, ada yang baik. Ada yang tahu kebajikan perkerja dan tidak kurang juga yang hanya tahu "untung" dan "Untung" dan "untung" dalam bisnes.....well...itu lumrah bukan....hahahah Siapa tidak mahu untung oh....yang pasti majikan selalunya meletakkan "demand" / harapan yang tinggi kepada para pekerjanya...Mereka yang bekerja kepada majikan yang baik pasti bangga punya Boss yang baik kerana tahu menjaga pekerja. mereka pasti berkata "yes Boss" dengan cara ikhlas dan akan melaksanakan tugasan yang diberi seperti mana yang diarah...mereka yang punya majikan yang tidak berhati perut berkata "yes Boss" dengan cara yang sebaliknya iaitu dengan cara terpaksa, tertekan, dan terbeban.maka kerja tak sempurna jadinya....hishishis 
        Apapun sikap majikan itu, kita sebagai pekerja yang bekerja kepada mereka harus "respect" dengan majikan kita. Berkerja dengan hati yang ikhlas, dan  punya nekad untuk terus berusaha bagi majikan kita...Majikan selalunya menilai diri kita dan sejauh mana keikhlasan hati kita untuk berkerja untuk mereka. Sentiasa patuh pada arahan dan minimakan kesalahan sewaktu berkerja....datang tepat pada waktu dan jangan sekali-sekala ponteng...kerana itu  boleh memberikan persepsi yang buruk bagi kita yang bergelar pekerja....Bertegur sapalah dengan Boss anda selalu..tapi kena tengok dulu mood dia masa tu....kalau ok boleh...kalau tak ok....silap-silap kena "sound" pulak nanti...hahahah
" Jangan selalu berjanji kepada Boss anda , ini kerana Boss anda akan menunggu janji anda...andai kata janji itu diingkari maka sendiri mau ingat la......"tau tak pee"....hehehehe ....
         Apa yang paling dinanti-nanti bagi semua yang bergelar pekerja iaitu tidak lain tidak bukan " hari gaji"....bukan main semangat lagi...semua kerja buat dengan pantas..lepas dapat gaji nak cepat-cepat cabut balik...kerja da tak ingat lagi..biasalah nak guna duit gaji untuk beli macam-macam ....keluar sana-sini, makan   tak control dan macam-macam lagi..tapi semua tu berbaloi juga la dengan penat lelah kita berkerja selama sebulan kan.....Biar puas hati.....yang penting enjoy....dan pasti anda tidak bergantung hidup dangan orang lain tanpa berkerja atau hanya "tanam anggur" malas keluar mencari kerja.....hishishis

" Boss bila la ni nak naik gaji ni..........hahahahha " salam buat semua.... :) don't ever try to make your Boss saying " you are fired"
                                                         " ow no.........I feel like on fire "


        



Friday, December 3, 2010

Anda rasa bahagia apabila ?


Hi..apa perasaan anda saat ini.......adakah anda rasa bahagia...atau rasa hampa...atau rasa sedih....atau gembira.....hem....emosi kita sememanganya sentiasa berubah...mengikut situasi...atau keadaan...betul tak....? dan kehidupan ini ibarat roda bukan...sekejap ke atas...dan sekejap lagi ke bawah...macam laut..ada pasang ada surutnya.....macam keadaan cuaca..ada cerah , mendung, panas, sejuk, hujan dan macam-macam lagi...inilah lumrah kehidupan kita insan yang bergelar manusia...persoalanya di sini, adakah anda rasa bahagia, sempurna, dan gembira saat ini....pasti ada yang mengatakan "yup...I am happy" ...dan ada yang akan mengatakan " what a bad day".....hahahahaha... :) Anda akan rasa bahagia bila :-
1.Bahagia apabila kita sihat....hem ...
2.Bahagia apabila diri kita berjaya...hem ..maksudnya apabila kita mencapai apa yang diharap-harapkan selama ini sama ada dalam kerjaya, keluarga , kemajuan kendiri...punya kereta, rumah dan lain-lain lagi...
3.Bahagia apabila hidup dalam keadaan yang aman dan damai....macam negara kita Malaysia....
4. Bahagia apabila kita tak di kejar hutang.....ahlong dan yang serupanya denganya...
5. Bahagia apabila bersama dengan orang yang disayangi dan turut menyanyangi kita.....siapa yang tak bahagia kalau macam ni..heheheheh
Apapun tafsiran kita atau gambaran kita tentang hidup bahagia itu tidak sempurna jika kata hanya bahagia dari segi jasmani......tapi kehidupan rohani kita tidak sempurna....setiap diantara kita punya kepercayaan (agama), dan fahaman dimana semuanya ini banyak mempengaruhi kehidupan kita yang kita hanya boleh diterjemahkan melalui cara hidup kita dari segi pertuturan, sifat, tindakan , fikiran kita yang hanya boleh dilihat oleh orang di sekeliling kita.....sentiasa bersyukur adalah kunci "bahagia" (for those who are believe in God) ...Apa pendapat anda??